Assalamualaikum..
Sememangnya meniaga ni banyak dugaan dan risiko nye.Kami sebagai stokis pon mcm korang gak.Kadang2 kena perli, kena kutuk member2..tapi tebal aje la muka. Ikut la ape diorang nk kate.
Ramai yang tanya ape jenis baju yang kitorang jual ni?
standard gred A siam ke??
reject dari kilang ke??
Korang curik dari pengedar Adidas n Nike ke??
Untuk pengetahuan korang, produk yang kami jual sememangnya tiada kena mengena dengan segala pertanyaan di atas. Kalau dari segi undang-undang maybe salah la ape yang kitorang buat sbb kami menjual barangan berjenama tanpa lesen menjual / mengedar yang sah dari pengedar-pengedar tersebut. Tapi kalau la begitu, mungkin beribu-ribu orang akan ditangkap di seluruh Malaysia,malah di seluruh dunia. Tengok sajalah dkt uptown..Kalau mereka kata kami salah, serbu la Uptown tu. Kami cuma usahawan Bumiputra yang cuba untuk belajar berniaga sahaja. Untung brape sen je bro!! Kalau dekat mane-mane uptown tu ade yang sampai jadi jutawan pon ade.dekat Petaling Street tu je camne??siap jadi tarikan pelancong lagi tu..
Ade yg kate kami dapat barang reject dari kilang.Biar kitorang direct ar dengan korang.Kami dapat supplier daripada Cheras. Bkn dari mana-mana kilang baju. Jadi, harap maaf jika korang harapkan kami punya baju ni adalah baju reject. Kitorang telah berbincang dengan agen-agen kami dan bersetuju sekiranya terdapat pembeli yang mendapati baju diorang ada rosak or disyaki barang reject, pembeli boleh pulangkan dan tukar dengan yang baru. So, kalau ape yang kami jual ni barang reject tu, watpe kami nk ambil balik baju yang dah di reject tu?
Bagi yang kate baju kami adalah baju siam grade A, kami xkisah lah.ape yang korang nk cakap korang cakap la. Kami dah terus terang bagitau yang stok produk yang kami ambil ini adalah dari Cheras. Kami sendiri tak tau rupe baju siam grade A tu mcm mane. kalau ade yang boleh ajar kami, boleh la buat appointment sendiri dengan kami dan tunjuk sendiri baju siam grade A tu camne. Kot2 ade logo A dekat baju tu agaknye baru boleh jadi siam grade A kot.
Baju yang kami jual adalah berada di dalam harga yang sangat berpatutan dan boleh dibeli oleh mereka yang mungkin kurang berkemampuan untuk membeli jersi yang harganya melantun-lantun mahalnya. Kepada mereka yang banyak mengkritik produk ini, biarlah mereka dengan dunia mereka. Tiada yang sempurna dalam dunia ini dan setiap perniagaan itu pasti ada dugaannya. Itulah prinsip perniagaan kitorang..
Kami tak mahu komen ke atas penjual-penjual baju jersi lain seperti di butik-butik terkemuka sehingga yang dijual di tepi -tepi jalan. Mereka juga berniaga seperti kami. Apa perlu kami potong rezeki diorang. Tak berkat kang rezeki kami ni..
Kami harap kepada mereka yang banyak komplain or kritik tu, kami dah menjawab segala kritikan korang. Kalau korang rs nk kritik n komplain lagi jugak, biarlah korang nk kate ape. Kami redha je la..
Faridz Van Persie
Mods Jersey4sales







Gambar 1.3: Macam inilah korang kalau korang pakai jersi ni.
Gambar 1.0: Jersi Arsenal dari pandangan hadapan
Gambar 1.1: Pandangan dari belakang jersi
Gambar 1.2: Aku dengan segaknya memakai jersi Arsenal (ni aku nye baju tau, aku beli sendiri seh)
Gambar 1.3: Pandangan belakang jersi mase aku pakai..


.jpg)